“Belajar dua hari dengan dua orang trainers was exactly the eye opener for me!”Saadah Anuar · Klinik Bina Modul 2024
Klinik
Bina Modul
Ilmu yang banyak perlu disusun. Pengalaman yang ada perlu dipindahkan.
Terlepas sesi Klinik Bina Modul? Kini anda boleh mendapatkan rakaman sesi dan menelusuri semula pendekatan membina modul yang tersusun, praktikal dan berakar kepada Al-Quran.
Klinik Bina Modul
Pendekatan membina modul yang telah dibawa sejak 2017 dan diteruskan dalam edisi 2026.
Ada ilmu. Ada pengalaman. Tetapi belum menjadi modul.
Membina modul bukan sekadar menyediakan slide, handout atau mengumpulkan bahan. Ia memerlukan susunan supaya ilmu boleh dipelajari, kemahiran boleh dibina dan hasil latihan boleh dinilai.
Belum tentu. Modul memerlukan perancangan pembelajaran, bahan peserta dan alat latihan yang saling melengkapi.
Latihan perlu disusun dengan kaedah untuk menyemak kefahaman dan menilai pencapaian objektif.
Modul yang tersusun boleh ditambah baik, diubah suai dan disesuaikan mengikut tempoh serta keperluan.
Modul yang baik memudahkan ilmu dan proses latihan dikongsi dengan pendidik atau jurulatih lain.
Supaya kita tidak sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina pengalaman pembelajaran.
Pendidik dan jurulatih perlu mampu menjawab satu persoalan penting: adakah latihan yang disampaikan benar-benar berkesan?
Daripada prompt kepada draf modul yang lebih tersusun.
Pembeli rakaman turut mendapat akses kepada GPT KBM sehingga 30 Sepober 2026, iaitu bantuan teknologi yang boleh digunakan untuk menjana draf modul berdasarkan kumpulan sasaran, topik dan objektif pembelajaran.
Masukkan prompt
Nyatakan kumpulan sasaran, topik, keperluan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
Jana draf modul
GPT KBM membantu menghasilkan draf modul yang disesuaikan dengan kumpulan sasaran.
Semak dan kemaskan
Draf yang terhasil boleh disemak, diperbaiki dan disesuaikan dengan pengalaman serta keperluan sebenar peserta.
Daripada idea kepada modul yang tersusun.
Sesi ini memberi fokus kepada asas penting yang membantu seseorang membina, menyusun dan memperkemas modul.
Struktur modul
Memahami komponen penting seperti Learning Plan, Participant Guide dan Training Materials.
Proses pembelajaran
Menyusun proses Tell, Show, Do dan Review supaya peserta bukan sekadar mendengar.
Keberkesanan latihan
Melihat cara menilai reaksi, pembelajaran, tindakan dan hasil.
Modul yang boleh dinaik taraf
Menyusun kandungan agar lebih mudah diubah suai, dikongsi dan dikembangkan.
Ilmu yang berakar
Menjadikan Al-Quran sebagai rujukan akar, digabungkan dengan kajian, dalil aqli dan pengalaman.
Pendekatan praktikal
Mendekati pembinaan modul dengan pengalaman dan contoh yang relevan untuk pendidik serta jurulatih.
Berceramah memindahkan ilmu.
Latihan membina ilmu, kemahiran dan sikap.
Sebab itu modul perlu dirancang dengan lebih teliti. Setiap bahagian perlu membantu peserta bergerak daripada mengetahui kepada memahami dan melakukan.
Pendekatan yang telah dibawa sejak 2017.
Klinik Bina Modul pernah dilaksanakan pada tahun 2017, 2022 dan terakhir pada Mei 2024 di Karangkraf.
Kini, rakaman edisi 2026 ini dibuka untuk anda yang mahu mengikuti semula sesi intensif bersama Akademi Sinergi Ikhlas.
Program Bina Modul
Klinik Bina Modul di Kelantan
Klinik Bina Modul di Karangkraf
Kembali dalam format intensif satu hari
Apa yang mereka temui dalam Klinik Bina Modul?
“Nak buat modul apa pun, rujukan akarnya mestilah Al-Quran.”Ustaz Afiq Syazwan · Klinik Bina Modul 2022
“Ada banyak fakta perlu dikaji. Bahasa tinggi dan rendah. Akhirnya perlu diseleraskan agar ia mudah untuk dipindahkan kemahiran kepada orang lain.”Ustaz Harfiz Hamzah · Klinik Bina Modul 2022
“Mudah dan doable rupanya…”
Antara maklum balas peserta online selepas mengikuti Klinik Bina Modul 2026.
Rakaman ini tidak dibuka selamanya.
Jualan rakaman akan ditutup 2 minggu sebelum tamatnya akses GPT KBM.
Selepas tarikh tersebut, akses akan disekat. Untuk mendapatkan peluang akses seperti ini selepas itu, anda perlu menunggu peluang lain — atau mungkin akses ini tidak dibuka lagi.
Dapatkan akses sebelum ditutup.
Terlepas sesi secara langsung? Masih ada peluang untuk belajar.
Dapatkan rakaman Klinik Bina Modul bersama Nota KBM, akses GPT KBM sehingga 30 Sepober 2026 dan group support bersama Tuan Haji Fazrul.
DAPATKAN RAKAMAN — RM150